Tuesday, February 15, 2011

Salam Maulidurrasul 1432H

Assalamu'alaikum diriku dan seluruh sahabat2ku..mengimbau hr semlm membuatkan diri ini lebih bermotivasi untuk teruskan jihad dalam mengembangkan potensi diri dalam pelbagai bidang...
Salam sejahtera ke atas junjungan besar Rasulullah S.A.W...bersemangat diri ini bersiap mcm hari raya eidul fitr plak,siap gosok baju melayu sume..merempit ke masjid Tuanku Mizan d Putrajaya..Alhamdulillah mmg meriah..cume makan jek xde,makan untuk AJK sahaja so,kelaparanla..tp nk dijadikan cerita kawan berjumpa sahabat lama bernama William,rakan seperjuangan d Universiti dan Kor Wataniah dulu..mmg terkenal dgn sifat peramah dia d kalangan org Melayu d Universiti dulu, ku cuba menyapa dr belakang...William?yep,Assalamu'alaikum..jawabnye 'Wa'alaikumussalam' subhanallah sudah Islam kamu...nama diberi sekarang Mohd Adam Wong Bin Abdullah..Salam sejahtera juga ke atas kamu..mudah2an dirimu sentiasa tabah dalam menghadapi ujian dan dugaan apabila bergelar seorang Muslim,kekuatan htnya untuk masuk sendiri mengucap Dua Kalimah Syahadah sungguh mengagumkan..Sahabatku,usah gentar,Allah sentiasa bersamamu..Ahlan Wasahlan

Sunday, December 5, 2010

Selamat menyambut Awal Muharam 1432H

Assalamu'alaikum buat diriku dan rakan2 seperjuangan dunia akhirat. Lama jugak x update,walaupun baru seminggu dek penangan dah masuk pipeline inspection,so kenela bertapa depan PC utk loging tmbhn plak team inspection kali ni strict sket sbb br dpt kontrak dgn klien ni..
Alhamdulillah segala puji bagi Allah,pasang surut kehidupanku,kekecewaan dan kebahagiaan hidupku memberikan aku satu sinar permulaan yang baru dalam hidup,tmbhn plak dah bergelar suami jarak jauh ni...Bila fikir2 balik mesti sedih isteriku sorg2 kat darat sana,walau apapun, i love my wife so much sebab sudi menerima diri ini sebagai suami tanpa rasa sangsi....
Terima kasih 1431 H kerana telah membuka lembaran baru dalam erti hidupku dan muhasabahku masih terus dilaksanakan dan azam yang baru InsyaAllah terus d semadikan dlm ht sanubariku

Faryd Syakirin
0956 6/12/2010

Friday, November 26, 2010

Jangan Pernah Menyerah


Assalamu'alaikum diriku dan sahabat2 seperjuangan dunia akhirat,walaupun tulisan kawan ni lebih kepada 'diary' namun kawan rasa kawan dapat menceritakan sesuatu tentang diri dan pengalaman yang dapat kawan belajar (sebab standby kawan dapatla coret sedikit sebanyak)..hurm, tajuk di atas adelah quote dari Filem Laskar Pelangi, 3 perkataan yang cukup membuatku sentiasa terfikir dan berfikir. Walaupun kawan dah cerita sedikit sebanyak namun kawan akan cerita lagi kali ni lebih kepada kehidupan kawan dan ayahanda kawan satu ketika dahulu,dan kawan pasti sahabat2 kat luar pun mempunyai kisah yang sama dari kedua orang tua mereka xpun generasi2 yang atas daripada mereka..Apabila 'Lintang' masih lagi berada di sekolah walaupun cikgu Mus berkabung kerana kematian pakciknya@guru utama, namun jiwa besar dari seorang genius ciptaan Alam ni sungguh mengagumkan. Seorang rakannya bertempik,"sekolah apa ini namanya,xdak guru xdak murid' lantas Lintang menegakkan pendiriannya tentang niatnya ke sekolah kerana cita-citanya yang tinggi dan menyeru rakannya supaya setiap dari mereka perlu ade cita-cita dan di sekolahlah perjalanan itu mereka patut mulakan,mereka harus sekolah.

Dedikasi buat keluargaku dan isteriku yang tercinta
Apabila melihatkan keadaan Lintang,kawan pasti akan teringatkan kisah ayahanda kawan yang berjuang habis2an dari kecil (sekalipun ayahandaku tidak pernah bercerita secara terus dengan kawan), namun kawan sangat merasakan jiwa si anak kecil bernama Lintang itu seolah2 perjalanan ayahandaku..berjalan berbatu2 untuk ke sekolah, balik rumah tiada makanan lantas membuatkan ayahandaku mengalas perutnya sebelum sampai ke rumah dengan meneguk air paip yang dijumpai, belajar dan terus belajar di bawah lampu pelita tanpa rasa penat dan jemu..Ada seorang nenek saudaraku pernah bercerita dengan kawan tentang ayahanda kawan,apabila diajaknya ayahandaku panjat pokok, geleng kepalanya dan terus mengadap buku-buku pelajaran, maka kawan tidak hairan begitu kuat azamnya untuk melihat anak-anaknya menggenggam segulung ijazah,ayahandaku teruskan kerajinannya belajar sehingga melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor atau ketika itu berada di Muar dan sekarang dikenali sebagai SMKA Maahad Muar, ayahandaku tidak merasakan kekurangan yang ada pada keluarganya sebagai batu penghalang,walaupun pada waktu itu keluarga ayahandaku tidak stabil sebagaimana keluarga2 yang lain dapat. Ayahandaku terus mengorak langkah meneruskan kecemerlangannya dan melanjutkan pelajarannya ke universiti yang tergolong dalam universiti tertua di dunia, Universiti Al-Azhar Mesir,memang kawan kagumi sikap dan sifat yang ada pada ayahanda..terus berusaha dengan kerajinannya mengkaji ilmu di tempat ilmuan2 dilahirkan, namun kawan kira bukan mudah untuk anak yang hidup dalam serba kekurangan melangkah sehingga ke menra gading. Pada tahun akhir pengajian,ayahanda kawan tidak melepasi satu ujian dan dikehendaki menyambung setahun lagi pengajian,sekiranya kawan berada di tempatnya kawan pasti mati akal macam mana nak cari kewangan untuk pengajian tambahan lagi setahun,namun ayahandaku terus menjual segala kelengkapanya di sana sehingga hampir sehelai sepinggang, dan usaha ayahandaku di berkatiNya dengan kejayaan cemerlang dan membawa segulung ijazah dari bumi mesir..Tahniah ayahandaku,dikaulah idolaku dan motivasi untukku setiap kali daku merasakan tiada lagi jalan penyelesaian sekiranya amat sukar melalui jalan-jalan dugaan....dan pasti perkataan Jangan Pernah Menyerah sentiasa tersemat dalam sanubari insan bernama Mohd Farid Shakirin

Tuesday, November 23, 2010

Standby lagi sebab tiupan angin monsun


Salam sekali lagi,kali ni time standby jugak kawan mencoret sedikit sebanyak, kalau sahabat2 baca,text kawan ni sama jek,kawan malas nak 'adjust' lebih2,asal dapat mencoret sudah hehe..erm bila pk2 balik ni kali ke 3 kawan naik offshore,sedar x sedar kawan dah mempunyai isteri rupanye hehe (jangan marah ye isteriku), 2 yg offshore kali ni hati ni macam magnet nk kene tarik je ke darat,almaklumla baru nk bercinta pas kahwin dah kene g offshore balik (marzafirzie..kawan amik copy gambar offshore awak ni ye)..dah 2-3 hari ni kawan cuma rasa agak
'borink' sket,walaupun susah tido semalaman huhu,tapi ade beberapa perkara yang kawan nak kongsikan buat diri dan sahabat2..owh ye sebelum kawan lupa selamat hari lahir buat adik2ku Mohd Fikri Shakirin dan Mohd Fathi Shakirin,yang lahir pada tarikh lahir yang sama tp thn berbeza (wah anugerah tu..terpk plak mcm mana timing tu boleh sama plak?hehe)...semalam kawan dh try tido tp xboleh2 isk geram tul,habis satu movie kawan layan,dah rasa ngantuk,nk tidola gamaknye, tp x boleh isk2 sedih betul, so kawan klikla dlm folder movie kawan yang kawan pernah ambil kat sahabat sblm keje offshore dl..tajuk die..LASKAR PELANGI, memang 'A' la cerita ni..srot srot (touching tu..)..memang murni niat seorg insan yang bergelar guru...namun aku terkesima dengan 2 kali statement dari guru besar die tu "Memberilah sebanyak-banyaknya dari menerima sebanyak-banyaknya"...Ermmm,dalamnye maksud ayat tu lantas buat aku terfikir adakah aku tergolong dalam petikan kata2 tu huhu,memang sangat menarik jalan ceritanya,semangat anak2 miskin taraf hidupnya yang sentiasa mahu belajar sekalipun dalam kemiskinan,namun mereka kaya dengan idea,bakat,azam,semangat..(hurm teringat plak pada video yang isteri kawan berikan pdku sblm ni) sebab mereka yakin mereka mampu dan boleh,bukan sekadar percaya,tapi yakin..2 perkataan yang sangat berbeza dan dalam maksudnye,hurm mudah2an impian yang aku tanamkan dan coretkan menjadi kenyataan satu hari nanti mcm impian cikgu dlm LASKAR PELANGI tu..Ya Rabbana,kabulkanlah permintaan hambamu yang lemah lagi hina ini

Saturday, November 20, 2010

Inspirational Video

Salam, kawan terima video ni dr insan yang tersyg yang jauh d mata,tetapi dekat d hati..
Terima kasih atas dedikasi ini, really inspiring me..
Terima kasih kerana menerima kekurangan dan kelemahan diri ini.insyaAllah redhaNya sentiasa bersama dgn dirimu...
Tontonilah video ni,mcm mana sekadar kt percaya dgn diri kita sendiri,insyaAllah tiada batu penghalang yang akan menjadi penidak kepada kecemerlangan diri ini

Thursday, November 11, 2010

Siapa aku 3thn/5thn/7thn/10thn akan datang?

Salam drku dan sahabatku, bila 'belayar' ni kawan sentiasa terdetik siapa aku untuk 3thn,5thn,7thn,10th akan datang.Seorg Corrosion Specialist dan seorang lecturer yang berjaya?Seorang usahawan jutawan sebelum umurku mencecah 33thn?memang sentiasa bermain dalam benak kawan, dan kawan x biarkan mcm tu jek,tapi kawan coretkan pada kertas yang ade d depan kawan atau diari kawan yg 'kadang2' berisi ni hehe..pepun sebagaimana yang kita sedia maklum ajal maut d tangan Allah Azzawajalla,namun selagi ade kudrat,usia dan masa nila,sdikit sebanyak kt gunakan untuk mencari redhaNya..sedikit bingkisan dari seorang 'nelayan' moden =)

Wednesday, November 10, 2010

Selamat datang ke dunia blog farydsyakirin 10.11.10

Assalamu'alaikum dan salam sejahtera,1st time kawan buat blog pada tarikh yang istimewa 10.11.10. Terdetik kawan untuk menulis blog sendiri selepas melihat blog2 dari rakan2 dan pensyarah.Walaupun dunia blog pernah meragut sebahagian kebahagiaan kawan suatu ketika dulu namun kawan yakin dan sentiasa yakin,ade dua jenis blogger,satu berbentuk pendapat sendiri dan luahan rasa dan satu lagi berbentuk perkongsian maklumat.Kawan teruja dengan blog2 sahabat yang berbentuk perkongsian ilmu pengetahuan,diskusi dan yang dapat mencambahkan lagi idea dan buah fikiran.Jadi dengan segeranya kawan membina blog ni di atas kapal Bibby Aquamarine sempena perjalanan kerjaku di lapangan oil and gas di perairan Malaysia.Terima kasih kawan ucapkan kepada isteri kawan Wan Basirah Wan Abdullah yang setia menanti kepulangan kawan walau kami baru je bergelar raja sehari dan baru hendak berkenalan dengan lebih mendalam.Terima kasih pdNya kerana masih mengurniakan usia,masa dan sihat tubuh badan untuk kawan menulis dan terus menulis insyaAllah