Assalamu'alaikum diriku dan sahabat2 seperjuangan dunia akhirat,walaupun tulisan kawan ni lebih kepada 'diary' namun kawan rasa kawan dapat menceritakan sesuatu tentang diri dan pengalaman yang dapat kawan belajar (sebab standby kawan dapatla coret sedikit sebanyak)..hurm, tajuk di atas adelah quote dari Filem Laskar Pelangi, 3 perkataan yang cukup membuatku sentiasa terfikir dan berfikir. Walaupun kawan dah cerita sedikit sebanyak namun kawan akan cerita lagi kali ni lebih kepada kehidupan kawan dan ayahanda kawan satu ketika dahulu,dan kawan pasti sahabat2 kat luar pun mempunyai kisah yang sama dari kedua orang tua mereka xpun generasi2 yang atas daripada mereka..Apabila 'Lintang' masih lagi berada di sekolah walaupun cikgu Mus berkabung kerana kematian pakciknya@guru utama, namun jiwa besar dari seorang genius ciptaan Alam ni sungguh mengagumkan. Seorang rakannya bertempik,"sekolah apa ini namanya,xdak guru xdak murid' lantas Lintang menegakkan pendiriannya tentang niatnya ke sekolah kerana cita-citanya yang tinggi dan menyeru rakannya supaya setiap dari mereka perlu ade cita-cita dan di sekolahlah perjalanan itu mereka patut mulakan,mereka harus sekolah.
Dedikasi buat keluargaku dan isteriku yang tercinta
Apabila melihatkan keadaan Lintang,kawan pasti akan teringatkan kisah ayahanda kawan yang berjuang habis2an dari kecil (sekalipun ayahandaku tidak pernah bercerita secara terus dengan kawan), namun kawan sangat merasakan jiwa si anak kecil bernama Lintang itu seolah2 perjalanan ayahandaku..berjalan berbatu2 untuk ke sekolah, balik rumah tiada makanan lantas membuatkan ayahandaku mengalas perutnya sebelum sampai ke rumah dengan meneguk air paip yang dijumpai, belajar dan terus belajar di bawah lampu pelita tanpa rasa penat dan jemu..Ada seorang nenek saudaraku pernah bercerita dengan kawan tentang ayahanda kawan,apabila diajaknya ayahandaku panjat pokok, geleng kepalanya dan terus mengadap buku-buku pelajaran, maka kawan tidak hairan begitu kuat azamnya untuk melihat anak-anaknya menggenggam segulung ijazah,ayahandaku teruskan kerajinannya belajar sehingga melanjutkan pelajaran ke Maahad Johor atau ketika itu berada di Muar dan sekarang dikenali sebagai SMKA Maahad Muar, ayahandaku tidak merasakan kekurangan yang ada pada keluarganya sebagai batu penghalang,walaupun pada waktu itu keluarga ayahandaku tidak stabil sebagaimana keluarga2 yang lain dapat. Ayahandaku terus mengorak langkah meneruskan kecemerlangannya dan melanjutkan pelajarannya ke universiti yang tergolong dalam universiti tertua di dunia, Universiti Al-Azhar Mesir,memang kawan kagumi sikap dan sifat yang ada pada ayahanda..terus berusaha dengan kerajinannya mengkaji ilmu di tempat ilmuan2 dilahirkan, namun kawan kira bukan mudah untuk anak yang hidup dalam serba kekurangan melangkah sehingga ke menra gading. Pada tahun akhir pengajian,ayahanda kawan tidak melepasi satu ujian dan dikehendaki menyambung setahun lagi pengajian,sekiranya kawan berada di tempatnya kawan pasti mati akal macam mana nak cari kewangan untuk pengajian tambahan lagi setahun,namun ayahandaku terus menjual segala kelengkapanya di sana sehingga hampir sehelai sepinggang, dan usaha ayahandaku di berkatiNya dengan kejayaan cemerlang dan membawa segulung ijazah dari bumi mesir..Tahniah ayahandaku,dikaulah idolaku dan motivasi untukku setiap kali daku merasakan tiada lagi jalan penyelesaian sekiranya amat sukar melalui jalan-jalan dugaan....dan pasti perkataan Jangan Pernah Menyerah sentiasa tersemat dalam sanubari insan bernama Mohd Farid Shakirin
No comments:
Post a Comment